CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA

 

KOTA BHARU, 12 Ogos 2022 – Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan telah dijemput untuk memberikan ceramah keselamatan jalan raya kepada 70 orang pemandu kenderaan jabatan dari pelbagai jabatan/agensi kerajaan negeri sempena “Kursus Etika, Protokol dan Tanggungjawab sebagai Pemandu Jabatan” anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat SUK Negeri Kelantan.
Ceramah yang bertempat di Dewan Teratai, Pejabat SUK Negeri Kelantan ini telah disampaikan oleh Puan Syuriati binti Sulaiman@Ibrahim, dari Unit Keselamatan Jalan raya dan Korporat yang menyentuh tentang aspek-aspek keselamatan dan etika pemanduan di jalan raya.
Kuiz keselamatan jalan raya juga turut diadakan bagi menguji pengetahuan para peserta. Seramai 8 orang peserta telah berjaya menjawab semua soalan dan diberikan cenderahati atas pencapaian tersebut.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut