URBAN MALARIA DI MALAYSIA MASIH TERKAWAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan Kesihatan)

Isu Urban Malaria yang melanda Pulau Pinang berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi masih dalam keadaan terkawal. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini masih belum terdapat kes kematian dilaporkan, beliau berkata demikian pada sidang akhbar di program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Johor di Tebing@Bandar Dato Onn, 12 Ogos 2022 (Jumaat).

Beliau memaklumkan kebanyakan kes malaria yang dibawa masuk adalah malaria dari negara-negara Afrika. Justeru saringan kesihatan di peringkat awal adalah amat penting. Sehubungan itu, golongan majikan perlu memastikan menjalankan saringan kesihatan sebelum mengambil pekerja-pekerja warga asing ke negara ini. Prosedur ini dapat membantu dari segi mengenal pasti kes malaria di peringkat awal. Tambah Tan Sri KPK, setakat ini keadaan masih terkawal dan mendapati kes malaria ini bukan kes tempatan tetapi dibawa masuk dari luar negara.

Pada 11 Ogos 2022 (Khamis), media melaporkan Pulau Pinang menghadapi kemelut Urban Malaria berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi yang tidak diketahui status kesihatan mereka. Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Ma’arof Sudin berkata ekoran itu, majikan sektor swasta yang mempunyai pekerja warga asing perlu memberikan maklumat pekerja mereka dari negara endemik malaria kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan supaya pihaknya mempunyai rekod.

 

Sumber rujukan:

Sinar Harian

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …