PROGRAM HIJRAH MINDA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1444H

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan kerjasama Sekolah Tunas Bakti, Teluk Air Tawar, Butterworth telah menganjurkan Program Hijrah Minda sempena Sambutan Maal Hijrah 1444H pada 11 Ogos 2022 (Khamis).

Pengisian program ini telah disampaikan oleh gandingan Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid serta Imam Muda Megat.

Program ini telah melibatkan seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Tunas Bakti dan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Negeri Pulau Pinang.

Di samping itu, Program Hijrah Minda 2022 turut disertai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, YBhg. Tuan Zakaria bin Taib, Timbalan Pengetua Sekolah Tunas Bakti, Teluk Air Tawar, YBhg. Tuan Zaharuddin bin Mohd Tahir dan Ustaz Anuar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi meningkatkan motivasi diri para pelajar dan mengukuhkan penghayatan terhadap ibrah hijrah Rasulullah.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan turut diiringi dengan persembahan qasidah daripada para pelajar.

Semoga dengan penganjuran Program Hijrah Minda ini dapat menyuntik motivasi dan semangat para pelajar ke arah perubahan yang lebih baik pada masa akan datang.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut