LAPORAN PROGRAM JELAJAH CPR & AED KARIAH MASJID-MASJID NEGERI PULAU PINANG BAGI DAERAH BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) dan Penang Heart Safe Society (PHSS) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) & ZOLL telah menganjurkan Program Jelajah CPR & AED Kariah Masjid-Masjid Negeri Pulau Pinang bagi Daerah Barat Daya.

Program ini telah berlangsung pada 10 Ogos 2022 (Rabu) di Masjid Daerah Barat Daya, Pulau Pinang melibatkan seramai 65 orang peserta daripada 15 masjid di Barat Daya dan Pejabat Agama Daerah Barat Daya.

Rata-rata peserta mengakui program ini berjaya membuka mata mereka mengenai pentingnya pihak pengurusan masjid dan orang ramai mempunyai pengetahuan pertolongan cemas khususnya CPR bagi menangani kes-kes kecemasan seperti serangan jantung kerana ia sekurang-kurangnya mampu membantu ketika kecemasan dan insya Allah mampu menyelamatkan nyawa.

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut