E-WASTE DIKITAR BUMI TERPELIHARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Sepanjang Januari hingga Jun 2022, sebanyak 70 program pengumpulan e-waste telah dijalankan di seluruh Malaysia. Pelbagai jenis buangan elektrik dan elektronik berjaya dikumpulkan untuk dikitar semula. Penglibatan dan komitmen orang awam membuktikan kesedaran tentang kepentingan pengurusan e-waste secara lestari dan mesra alam di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.

Ayuh sokong inisiatif kerajaan dalam memastikan alam sekitar bersih dan selamat daripada buangan e-waste dengan cara mengumpulkan e-waste dan menghantar ke program pengumpulan e-waste atau pusat pengumpulan e-waste yang berdaftar.

Sebagai info tambahan, anda boleh melayari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my atau muat turun aplikasi “MyEwaste” untuk mengetahui senarai lokasi pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali berhampiran anda.

 

Sumber rujukan:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut