??????? ?????????? ???? ??????? ??? ?????????? ?????? ????? ?????? ?? ??????? ???????? ?????????? ????????? ??????? 5 (1)

KUALA LUMPUR – Sempena pelaksanaan Program Menyantuni Alam Sekitar dan Pelancaran Kempen Kitar Semula anjuran pihak Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1), pihak SWCorp Wilayah Persekutuan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan Amalan 3R dan Budaya Kebersihan di sekolah pada 10 Ogos 2022.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Normazalina Binti Othman dan telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari tingkatan 1,2,3 dan 5. Selain itu, di waktu yang sama terdapat juga aktiviti lain yang turut dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Kelab Seni Kreatif dengan menggunakan barangan kitar semula serta aktiviti gotong royong kebersihan dan keceriaan.

Di program yang sama turut diadakan acara penyerahan kemudahan tong kitar semula oleh pihak Alam Flora Sdn. Bhd kepada pihak sekolah. Pihak SWCorp Wilayah Persekutuan berharap dengan adanya kemudahan tong kitar semula ini dapat merancakkan lagi pembudayaan amalan kitar semula di kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1).

Tahniah kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) kerana telah berjaya membudayakan Amalan Kitar Semula di sekolah. Semoga budaya murni ini dapat menjadi contoh dan ikutan kepada sekolah-sekolah yang lain di Wilayah Persekutuan.

 

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …