๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘น ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ช๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ผ๐‘ป๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ท๐‘น๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป 5 (1)

KUALA LUMPUR – Sempena pelaksanaan Program Menyantuni Alam Sekitar dan Pelancaran Kempen Kitar Semula anjuran pihak Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1), pihak SWCorp Wilayah Persekutuan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan Amalan 3R dan Budaya Kebersihan di sekolah pada 10 Ogos 2022.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Normazalina Binti Othman dan telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari tingkatan 1,2,3 dan 5. Selain itu, di waktu yang sama terdapat juga aktiviti lain yang turut dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Kelab Seni Kreatif dengan menggunakan barangan kitar semula serta aktiviti gotong royong kebersihan dan keceriaan.

Di program yang sama turut diadakan acara penyerahan kemudahan tong kitar semula oleh pihak Alam Flora Sdn. Bhd kepada pihak sekolah. Pihak SWCorp Wilayah Persekutuan berharap dengan adanya kemudahan tong kitar semula ini dapat merancakkan lagi pembudayaan amalan kitar semula di kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1).

Tahniah kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) kerana telah berjaya membudayakan Amalan Kitar Semula di sekolah. Semoga budaya murni ini dapat menjadi contoh dan ikutan kepada sekolah-sekolah yang lain di Wilayah Persekutuan.

 

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI (JPGN) BIL. 2/2022 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 โ€“ 2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan) Pada 5 Oktober 2022 …
Maklumat Lanjut

KIRA-KIRA 300,000 RAKYAT MALAYSIA MENGALAMI DEMENSIA

Jumlah ini dijangka meningkat kerana 1 dalam setiap 5 rakyat Malaysia berusia lebih 65 tahun, dan kita dijangka menjadi negara …
Maklumat Lanjut

HEBAHAN IOW JAPEN WPKL DI PARLIMEN BUKIT BINTANG

KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER 2022 – JAPEN WPKL telah melaksanakan programย #InfoOnWheels (IOW) sekitar Parlimen P.120 Bukit Bintang. Kawasan yang terlibat …
Maklumat Lanjut