PENGUATKUASAAN LARANGAN WAKTU TERHAD KENDERAAN BARANGAN OLEH JPJ WPKL

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) WP Kuala Lumpur telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Larangan Waktu Terhad Kenderaan Barangan Bagi Jalan-Jalan Tertentu ke Pusat Bandaraya pada waktu kemuncak iaitu pada waktu pagi dan pada waktu petang. Kenderaan barangan membabitkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7500kg dilarang memasuki Jalan raya Utama ke pusat bandar dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 ptg hingga 7.30 malam setiap hari.

Operasi ini bertujuan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan memastikan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang. Operasi turut mendapat kerjasama dari rakan strategik iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan & Trafik Kuala Lumpur (JSPT).

SUMBER: JABATAN PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …