LEKAR KEMAHANG KIAN POPULAR, JADI SUMBER PENDAPATAN BAHARU SURI RUMAH

 

TANAH MERAH – Lekar Kemahang diperbuat daripada lidi kelapa sawit yang dilentur dan dianyam berselang-seli mengikut susunan ditetapkan untuk membentuk corak yang dikehendaki.
Kraf itu semakin dikenali dan mendapat sambutan masyarakat setempat dan luar Kelantan, sekali gus memberi pendapatan tambahan kepada golongan suri rumah.
Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan selaku pengendalinya berjaya melatih para peserta itu pada 17 hingga 21 Julai dan membuahkan hasil apabila produk kraf tersebut mendapat sambutan untuk membuat pameran di dalam dan luar Kelantan.
Antara pameran yang disertai ialah di Festival Masakan Warisan Melaka 2022 pada 22 hingga 24 Julai di Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota dan di Program Demonstrasi Masakan dan Kraf Tradisional pada 6 Ogos lalu di Kampung Kraftangan, Kota Bharu.
Harga pasaran semasa Lekar Kemahang ialah antara RM7 hingga RM10 mengikut saiz dan reka bentuk.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …