KUNJUNGAN JABATAN ALAM SEKITAR WP KUALA LUMPUR DALAM JALINAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN PIHAK UNIVERSITI & NGO

KUALA LUMPUR 9 Ogos 2022- Kunjungan hormat Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur (JASWPKL) di ketuai oleh Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh dan pegawai kanan ke atas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society; MNS) Prof Dr. Ahmad Ismail dan Dr. Nurul Izza, wakil Universiti Putra Malaysia (UPM) di Pusat Kitar Semula UPM – Coca Cola bertempat di Universiti Putra Malaysia terlaksana pagi ini.

Pertemuan berkenaan telah membincangkan mengenai jalinan kerjasama dalam penyampaian maklumat hebahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya disamping bertukar pendapat dan pandangan mengenai isu-isu alam sekitar di Ibu Negara Malaysia.

Jabatan ini sangat mengalu penglibatan pihak NGO & masyarakat yang menetap di Ibu Kota Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk turut serta dan bekerjasama di dalam program-program kesedaran yang dianjurkan oleh Jabatan serta melibatkan JASKL di dalam program-program anjuran NGO berkenaan.

#KementerianAlarmSekitarDanAir

#alamsekitartanggungjawabbersama

#jabatanalamsekitar

#jaswpkl

Sumber : JABATAN ALAM SEKITAR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …