PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP) GESA HARAMKAN RUMPUT TIRUAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pihak berkuasa digesa mengharamkan penggunaan rumput tiruan kerana ia boleh menjejaskan kualiti alam sekitar dan memudaratkan kesihatan. Risiko penggunaannya kurang disedari oleh orang ramai berikutan ia biasa digunakan di kawasan kediaman, bangunan dan rekreasi awam.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang memaklumkan bahawa penggunaan rumput tiruan boleh menyebabkan perkara seperti berikut:
• memusnahkan mikroorganisma di dalam tanah, bawah rumput yang berbahaya kepada tumbuhan di sekelilingnya, sekali gus menghalang kepelbagaian biologi,
• menyumbang kepada kejadian banjir kerana ia tidak menyerap air,
• rumput tiruan dibuat dengan mengikat beberapa jenis plastik bersama-sama dan kerana itu ia amat sukar bagi dikitar semula,
• penggunaan plastik yang tidak perlu dan tidak terbiodegradasi, menambah lagi beban kepada sektor sisa, dan
• membebaskan zarah plastik ke dalam alam sekitar, menjadikannya toksik kepada manusia dan hidupan liar apabila ia terurai

Persatuan Hortikultur Diraja (RHS) di United Kingdom (UK), baru-baru ini, mengharamkan rumput tiruan daripada pertunjukan bunga yang terkenal di dunia atas sebab alam sekitar dan Kerajaan UK digesa memperkenalkan ‘Cukai Kerosakan Ekologi’ ke atas import, penjualan dan pemasangan rumput tiruan serta rumput bagi menangani masalah itu.

Sumber Rujukan :: Berita Harian & Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …