OPS LEJANG

NEGERI SEMBILAN, 08 OGOS 2022

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Lejang di sekitar Negeri Sembilan pada petang semalam. Ops Lejang ini berfokus kepada penunggang motosikal yang melakukan kesalahan seperti ubahsuai kenderaan untuk tujuan uji kelajuan, lumba haram atau rempit, tidak pamer pelekat P, tiada cermin sisi dan pamer nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan , kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu (LMM), insuran dan lain-lain kesalahan teknikal.

Penguatkuasaan Ops Lejang ini dilaksanakan dua lokasi iaitu di KM 8 Hentian Rehat SPDH Utara dan Selatan. Ops yang mensasarkan penunggang motosikal ini melibatkan agensi lain iaitu JSPT, AADK, JIM, SPRM, PLUS Berhad dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Turut hadir memantau Ops Lejang YBrs Tuan Hanif Yusabra bin Yusuf, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Tuan Hasnor bin Kutik, Ketua Bahagian Penguatkuasa dan Tuan Baharom bin Jusoh, Ketua Seksyen Operasi.

Pemilik dan penunggang motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang serta tidak terlibat dalam aktiviti perlumbaan haram, rempit serta menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya yang boleh membahayakan penunggang sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Memandulah dengan cermat dan berkhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan yang membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Keselamatan jalan raya menjadi keutamaan jabatan serta tanggungjawab kita bersama.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

KONDOMINIUM DISERBU, LAPAN PEKERJA PEMBERSIHAN PATI DITAHAN

Kuala Lumpur – Sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Segambut, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur sebelum …

DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT

Ayer Keroh – Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut menjadi platform …

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pada tarikh …