LAWATAN KE DAERAH SEGAMAT: SULTAN IBRAHIM – RAJA DI HATI BANGSA JOHOR

Menjunjung Kasih Tuanku

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berangkat ke Daerah Segamat bagi bertemu dengan rakyat. DYMM Tuanku Sultan Johor telah meluangkan masa bersama-sama dengan masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang telah disusun. Dalam lawatan tersebut juga, Mohamad Aniq Kasdan, merupakan anak jati Segamat yang mengharumkan nama Malaysia selepas meraih pingat emas pertama pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 telah berpeluang untuk bertemu dengan Baginda Tuanku Sultan.

Berangkat sama, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.Turut mengiringi Baginda Tuanku Sultan pada lawatan itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Sumber gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut