KUNJUNGAN HORMAT MKN NEGERI JOHOR KE ATAS TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK, UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT

Pada 8 Ogos 2022 (Isnin), Pengarah MKN Negeri Johor, YBrs. Encik Mohd Tarmizi bin Dan telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat, YBrs. Prof Madya Dr. Akmal Aini binti Othman di Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Kampus Segamat. Perjumpaan ini untuk membincangkan kerjasama antara MKN Negeri Johor dan UiTM Cawangan Johor dan juga tentang pelaksanaan kajian Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) di negeri Johor. Turut hadir bersama dalam pertemuan tersebut adalah Encik Azizan bin Ali, Penolong Pengarah MKN Johor dan Encik Mohamad Akmal bin Hamzah, Penolong Pengarah MKN Johor.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohorΒ 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

Sumber gambar:Β Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

LIMA PROJEK BAHARU RANCANGAN TEBATAN BANJIR DILULUSKAN DI NEGERI SEMBILAN

Sebanyak lima projek baharu rancangan tebatan banjir (RTB) di Negeri Sembilan telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan dan ia akan mula …
Maklumat Lanjut

AWAS ‘SCAMMER’ PAKEJ PELANCONGAN

AYER KEROH – Orang ramai khususnya pada mereka yang sedang merancang percutian dinasihati agar berwaspada dengan penipuan jualan pakej pelancongan …
Maklumat Lanjut