LATIHAN MENEMBAK TAHUNAN IPD WANGSA MAJU

Cawangan Latihan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah mengadakan Latihan Menembak Tahunan di Lapang Sasar IPD Bentong di Pahang mulai 13 hingga 15 Julai 2022.

Turut hadir di Acara Menembak Tahunan ini YDH Supt Ashari Bin Abu Samah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, DSP Saralathan A/L Duraisamy, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju bersama seramai 300 yang terdiri dari Ketua Bahagian, Ketua Balai Polis, Pegawai Kanan, Ketua Cawangan dan Pegawai Rendah Polis telah hadir di dalam acara menembak tahunan ini. Latihan menembak tahunan pada kali ini telah menggunakan senjata Semi Auto CZ P10C dan Rifle M16 A1.

Latihan Menembak Tahunan

Tujuan latihan ini adalah bagi meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan setiap anggota di dalam aspek penggunaan senjata api serta menilai tahap ketepatan dan kecekapan setiap pegawai kanan dan anggota menembak mengguna senjata api. Turut diadakan Pertandingan Center Fire dan Falling Plate Piala Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang telah dimenangi oleh Bahagian Logistik. Sesi latihan ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

SUMBER: IPPD WANGSA MAJU

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …