Pada 8 Ogos 2022 (Isnin), Pengarah MKN Negeri Johor, YBrs. Encik Mohd Tarmizi bin Dan telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Segamat, YBhg. Tn Hj. Hasrin Kamal bin Hashim di Pejabat Daerah Segamat. Pelbagai perkara telah dibincangkan terutama berkaitan dengan pengurusan keselamatan di daerah Segamat. Turut hadir bersama dalam pertemuan tersebut adalah Encik Azizan bin Ali, Penolong Pengarah MKN Johor dan Encik Mohamad Akmal bin Hamzah, Penolong Pengarah MKN Johor.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor
DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
Sumber gambar: Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor

