JKDM PULAU PINANG GAGALKAN CUBAAN BAWA MASUK ROKOK BERNILAI RM7.35 JUTA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 10.2 juta batang rokok seludup yang diikrar sebagai cendawan tin dari Asia Timur di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor pada 1 Ogos lalu. Cawangan Siasatan Khas bersama Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang dengan dibantu Unit Kawalan Kontena (CCU) Pelabuhan Klang, Selangor telah menjalankan rampasan hasil operasi ke atas sebuah kontena di pelabuhan berkenaan.

Hasil pemeriksaan rapi terhadap kontena itu, 1,021 kotak utama mengandungi rokok putih disyaki tidak berkastam bersamaan dengan 10.2 juta batang rokok membabitkan nilai RM816,800 dan cukai berjumlah lebih RM6.54 juta telah ditemui.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, Seksyen 135(1)(g) akta sama serta Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976.

Sumber : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut