ANAK JOHOR CIPTA NAMA DI SUKAN KOMANWEL 2022

Syabas & Tahniah!!

Mohamad Aniq Kasdan berusia 20 tahun, anak kelahiran Segamat, Johor telah mengharumkan nama Malaysia selepas meraih pingat emas pertama pada temasya Sukan    Komanwel Birmingham 2022 menerusi acara angkat berat kategori 55 kilogram lelaki dengan jumlah 249 kilogram, yang juga merupakan rekod baharu Sukan Komanwel.

Badang negara berusia 20 tahun itu telah berpeluang bertemu dengan DYMM Sultan Johor semasa Lawatan Rasmi Tuanku ke Daerah Segamat dan turut menerima sumbangan peribadi daripada Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Manakala Shah Firdaus Sahrom pula telah mencipta kejutan dengan berjaya merangkul pingat gangsa bagi acara lelaki keirin pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM10,000 bagi Aniq Kasdan dan RM6,000 bagi Shah Firdaus atas kejayaan mengharumkan nama negara dan negeri. Semoga kemenangan ini turut menyuntik dan membakar semangat atlet-atlet muda Johor lain dalam menjulang nama negeri dan negara di persada dunia.

Luaskan Kuasamu Johor!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

Sumber gambar: Onn Hafiz

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI (JPGN) BIL. 2/2022 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan) Pada 5 Oktober 2022 …
Maklumat Lanjut

KIRA-KIRA 300,000 RAKYAT MALAYSIA MENGALAMI DEMENSIA

Jumlah ini dijangka meningkat kerana 1 dalam setiap 5 rakyat Malaysia berusia lebih 65 tahun, dan kita dijangka menjadi negara …
Maklumat Lanjut

HEBAHAN IOW JAPEN WPKL DI PARLIMEN BUKIT BINTANG

KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER 2022 – JAPEN WPKL telah melaksanakan program #InfoOnWheels (IOW) sekitar Parlimen P.120 Bukit Bintang. Kawasan yang terlibat …
Maklumat Lanjut