AKTIVITI PENGUATKUASAAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKDSPT) telah mengadakan satu aktiviti penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. Aktiviti penguatkuasaan ini telah dijalankan sekitar Bandar Bukit Mertajam, Alma, Machang Bubok, Seberang Jaya, Berapit, Perai dan Permatang Tinggi melibatkan 17 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Dalam penguatkuasaan ini, PKDSPT telah mengeluarkan sebanyak 36 notis bagi kesalahan merokok di tempat larangan merokok.

Sebanyak 24 notis kesalahan merokok di bawah Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 iaitu merokok di kedai makan, 11 notis kesalahan merokok di bawah Peraturan 11(1)(n) iaitu merokok di kawasan pusat membeli-belah dan satu (1) notis kesalahan di bawah Peraturan 14(1) iaitu tiada tanda larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa di kaunter premis.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut