TRIVIA KEMERDEKAAN: PRINSIP RUKUN NEGARA (KEDAULATAN UNDANG-UNDANG)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Semua rakyat adalah sama di sisi Kedaulatan Undang-Undang negara. Sesiapa yang melanggar undang-undang negara akan dihukum tanpa mengira bangsa dan kaumnya. Undang-undang yang sedia ada khususnya di Malaysia memang cukup baik dan relevan meliputi masalah seperti jenayah dan sebagainya.

Keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang. Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundangan yang paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara.

Perlembagaan dan undang-undang negara memberikan kebebasan asasi kepada setiap warganegara, namun kebebasan asasi yang diberi itu tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara.

Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menetang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut