PDRM PULAU PINANG BERJAYA MENUMPASKAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH KE LUAR NEGARA GUNA KHIDMAT KURIER

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara telah mengadakan sidang media pada 8 Ogos 2022 mengenai kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM694,412.00 dan RM70,080.00 dengan rampasan dadah jenis MDMA, serbuk ketamin, pil ecstasy dan pil erimin 5 di pusat Media IPD SPU.

Dalam sidang media itu, Ketua Polis Daerah, YDH ACP Mohd Radzi bin Ahmad memaklumkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Pulau Pinang telah berjaya menangkap tiga lelaki dan tiga perempuan tempatan pada 4 Ogos 2022 yang terlibat dengan sindiket pengedaran dadah tempatan dan luar negara serta berjaya merampas tiga bungkusan dadah jenis syabu dan 427 peket serbuk MDMA dengan nilai rampasan RM694,412.00.

Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD SPU pula berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam satu serbuan di Mak Mandin dengan nilai rampasan RM70,080.00.

Sumber rujukan : IPD SPU dan Bernama

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …