Pasar Segar Terkawal (PST) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka diadakan pada setiap minggu bagi membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, berharap PST dapat direalisasikan dan dilaksanakan secara berterusan di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
Muhammad Jailani yang juga Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri berkata, PST dilihat mampu membantu pengguna berdepan krisis kenaikan harga barangan.
βPenganjuran sebelum ini menerima sambutan amat menggalakkan daripada pengguna dan berlangsung penuh meriah, ini menandakan ia perlu dilaksanakan berterusan. Dalam masa yang sama ia mampu mempromosikan produk penduduk kampung dan memperkasa aktiviti pertanian, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan.β
Perkara ini selaras dengan 9 Teras Nilai Keselamatan Negara yang merangkumi keutuhan ekonomi di mana melibatkan peranan rakyat Malaysia dalam memastikan kelangsungan ekonomi negara ini.
Sumber: Melaka Hari Ini
#DKNMy