MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Patriotisme)

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 telah berlangsung dengan meriahnya di Street Quay, Tanjong Tokong pada 8 Ogos 2022.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow telah hadir untuk merasmikan majlis ini. Majlis ini turut dimeriahkan dengan sesi penyerahan jalur gemilang kepada Agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta pelepasan konvoi pelbagai kenderaan sebagai simbolik bermulanya kempen kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan Tahun 2022.

Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad, Pengarah Keselamatan Negeri telah hadir dan mewakili MKN Pulau Pinang untuk menerima Jalur Gemilang daripada Ketua Menteri.

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut