LEBIH SETENGAH JUTA NILAI SUBSIDI PROGRAM JUALAN RAKYAT DI KL, LABUAN

PUTRAJAYA: Sejumlah RM581,000 nilai subsidi diberikan Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Program Jualan Rakyat MYGrocer@Wilayah sejak 14 Julai lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, program yang diadakan sekali seminggu untuk penduduk di Kuala Lumpur dan Labuan itu demi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui penyediaan jualan ayam dan telur ayam.

Menurut beliau, kadar subsidi bersasar sebanyak RM3 diberikan bagi pembelian seekor ayam (super), manakala RM0.50 subsidi bagi 10 biji telur ayam yang memanfaatkan seramai 147,000 penduduk di 61 Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur.

“Sehingga 5 Ogos lalu, seramai 63,296 penerima manfaat menikmati subsidi ayam segar dan telur ayam di Kuala Lumpur sahaja dengan nilai subsidi yang dibiayai sebanyak RM221,536,” katanya dalam persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berhubung tindakan diambil pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi.

Shahidan berkata, pembekal-pembekal di bawah program berkenaan juga menjual barangan keperluan asas seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan barangan makanan kering seperti gula, tepung dan minyak masak dengan kadar 5 hingga 20 peratus lebih murah berbanding pasar awam berdekatan penduduk, khususnya di PPR dan PA di Kuala Lumpur.

Jelasnya, ini merupakan inisiatif pembekal-pembekal sendiri tanpa melibatkan subsidi daripada kementerian.

Kata beliau, pelaksanaan Program Jualan Rakyat MYGrocer@Wilayah di Labuan pula dilaksanakan melalui peruncit-peruncit yang dikenal pasti Perbadanan Labuan bagi memudahkan pemberian subsidi serta aksesibiliti kepada kumpulan sasar yang memanfaatkan seramai 15,000 penduduk di Wilayah Persekutuan itu.

“Mulai 15 Ogos ini, KWP akan melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia, selaras dengan arahan dan keputusan Jawatankuasa Jihad Menangani Inflasi.

“Melalui program ini, penduduk di PPR atau PA bakal mendapat manfaat dari jualan murah sebanyak dua kali seminggu, yang bakal dilaksanakan kelak,” katanya.

Shahidan turut memberitahu, selain Program MYGrocer@Wilayah, pelbagai inisiatif berterusan dilaksanakan kementerian bertujuan menangani isu kos sara hidup antaranya MYSchoolBus@Wilayah, MYJob@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFood@Wilayah.

Di samping itu, katanya, kerjasama dengan DBKL dibuat bagi menyediakan kemudahan perumahan untuk sewaan dengan kadar mampu milik melalui program Rumah Majlis (Council Home) serta Rumah Mikro (Micro Housing).

“Selain daripada itu, langkah-langkah proaktif dengan mewujudkan program jaringan sosial bertujuan meningkatkan pendapatan melalui keusahawanan seperti Program Usahawan Muda Kota  dan pemberian lesen perniagaan kecil Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (IWBB),” katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

 

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bersempena dengan …
Maklumat Lanjut

IKAN MATI, JAS AMBIL SAMPEL AIR BERHAMPIRAN KUALITI ALAM

Sampel air di sebuah anak sungai berhampiran Kualiti Alam yang terbakar Jumaat lalu diambil susulan terdapat aduan berkenaan ikan mati …
Maklumat Lanjut

𝐈𝐍𝐈 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏!!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pernah dapat …
Maklumat Lanjut