KAJIAN PELABUHAN BAHARU BERSEPADU LABUAN DILAKSANA TAHUN DEPAN – WEE KA SIONG

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan kajian bagi memperincikan cadangan pembinaan projek Pelabuhan Baharu Bersepadu Labuan bermula tahun hadapan,
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kajian itu juga telah menerima kelulusan daripada pihak Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) untuk dilaksanakan selama setahun.

“Saya lihat asas yang sudah dibina di pelabuhan ini banyak yang kita perlu lakukan. Sebab itu baru-baru ini kita sudah luluskan satu cadangan untuk kita adakan kajian selama satu tahun dan kita ingin mulakan tahun hadapan dari segi kosnya, sama-sama kita tunggu kajian ini dan kita akan rencanakan. Dalam keadaan ini, kita perlu lihat secara terperinci apa komponen-komponen yang kita boleh laksanakan,” katanya pada sesi soal jawab

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Bashir Alias mengenai perkembangan terkini cadangan pembinaan projek Pelabuhan Bersepadu Labuan yang dirancangkan di kawasan Rancha-Rancha.
Wee berkata, cadangan pembinaan projek Pelabuhan Bersepadu Labuan itu dilihat mampu tangani kesesakan lalu lintas bagi laluan keluar dan masuk pelabuhan itu, selain menampung operasi penyimpanan kargo yang terhad di Pelabuhan Labuan.
“Dijangka dengan adanya ini, peningkatan kargo di Labuan dapat ditingkatkan sehingga 200,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) dan 3,000 kadar singgahan kapal dalam tempoh 30 tahun.
“MOT telah pun teliti dan perhalusi cadangan dan tiada halangan mengenai cadangan tersebut. LPL juga telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan LPL untuk membangunkan pelan induk Pelabuhan Labuan,” katanya.
Beliau berkata LPL juga dalam proses mempertingkatkan kecekapan pelabuhan, menggubal undang-undang kecil pelabuhan serta sedang memperkemaskan prosedur pelabuhan bagi memastikan Pelabuhan Labuan sentiasa berdaya saing.
SUMBER : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …