HARI ASEAN KE-55: USAHA KEMANUSIAAN SERANTAU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Komunikasi Keselamatan)

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri bersama-sama Datuk Dr Haji Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah menyertai sambutan Hari ASEAN ke-55 yang diadakan pada 8 Ogos 2022 di Markas Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, Puchong. Sambutan berkenaan turut dihadiri oleh dif-dif kehormat serta Pegawai-pegawai daripada Kementerian dan Agensi Kerajaan, Perwakilan Negara-negara Anggota ASEAN dan Rakan Dialog di Kuala Lumpur, wakil daripada Pertubuhan Masyarakat Sivil, ahli-ahli akademik dan wakil-wakil daripada sektor swasta.

Buat julung kalinya Wisma Putra bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) bagi menganjurkan Hari ASEAN yang bertemakan “Usaha Kemanusiaan Serantau”, dalam mengetengahkan usaha bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat serantau. Acara ini juga menzahirkan hubungan akrab dalam kalangan Negara-negara Anggota ASEAN dan Rakan Dialog untuk mengurus dan mengendalikan bencana serta memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di zon konflik, dalam semangat kemanusiaan.

Sumber rujukan:

Wisma Putra

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …