BENGKEL PEMERKASAAN KEMAHIRAN JURULATIH UTAMA (JU) PENDIDIKAN BAHAGIAN PELAJARAN JAWI SIRI 2

KUALA LUMPUR – Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dibawah Unit Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PPK) dengan kerjasama Unit Kurikulum dan Kokurikulum (KU-KO) telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan Kemahiran Jurulatih Utama (JU) Pendidikan Bahagian Pelajaran JAWI Siri 2 kepada guru-guru Institut Pendidikan Islam (IPI) JAWI yang bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Seramai 20 orang guru SIRAJ dan SRA yang terlibat mengikut opsyen matapelajaran agama dan 4 orang penceramah  pada 7 Ogos 2022.

Objektif bengkel ini bagi meningkatkan kemahiran kaedah penyampaian pembelajaran berkesan guru-guru IPI JAWI (SIRAJ) bagi Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA). Selain itu, guru-guru dapat mengoptimakan penggunaan pelantar pembelajaran digital bagi memperkasakan kemahiran kendiri guru-guru IPI JAWI di dalam bidang teknologi pendidikan.

Guru-guru tersebut telah diberi bimbingan khusus oleh penceramah-penceramah yang sangat berpengalaman dalam bidang pengajaran dan pembelajaran PAK 21 iaitu Dr. Masitah binti Taib, Dr. Aliza binti Adnan, Pn. Nor Azizah binti Atan dan Pn. Norani binti Abd Rahim.

Justeru, melalui bengkel ini Bahagian Pelajaran JAWI dapat melahirkan guru-guru IPI JAWI (SIRAJ/SRA) yang mahir dan kompeten dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan menggunakan aplikasi terkini dan dapat menjadi pembimbing kepada guru-guru yang lain berdasarkan modul yang telah ditetapkan secara optimum.

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut