OPS LEJANG JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah mengadakan Operasi (Ops) Lejang dengan sasaran utama terhadap motosikal yang di ubahsuai untuk tujuan uji kelajuan, lumba haram atau rempit, di samping kesalahan tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, antara fokus utama kesalahan diambil tindakan penguatkuasaan kali ini yang dilaksanakan di dua lokasi iaitu di Tol Juru dan Tol Jambatan Pulau Pinang. Turut bersama menyertai Ops Lejang adalah JSPT, AADK, JIM, SPRM dan PLUS Berhad.

Sebanyak 675 motosikal telah diperiksa, daripada jumlah itu sebanyak 235 motosikal dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti, pemandu bawah umur, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, ubahsuai motosikal seperti tanggal brek belakang, ubahsuai swing arm, ubahsuai ekzos, saiz tayar terlalu kecil, tidak mempamerkan pelekat P, tiada cermin sisi dan mempamerkan nombor pendaftaran secara fancy dan extreme.

Pandulah dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Keselamatan di jalan raya menjadi keutamaan serta tanggungjawab kita bersama. lngat insan tersayang.

Sumber : FB JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut