KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN

KUALA LUMPUR – Seramai 150 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) kariah Kem Wardieburn terlibat dalam Majlis Ceramah Maal Hijrah Peringkat Masjid Muhammad Al-Fateh yang dianjurkan oleh Sel Agama Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) pada 5 Ogos 2022.

Ceramah yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Rozali Zahari Al-Hafiz. Dalam ceramah yang disampaikan, beliau banyak menceritakan perihal pengorbanan dalam hijrah Rasulullah SAW menyebarkan agama Islam yang suci dan memberi penerangan tentang penghijrahan diri kita dalam meninggalkan kemungkaran serta melakukan kebaikan dan beliau juga menceritakan tentang kerjaya dalam redha Allah SWT.

Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran. Acara ini selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

Turut hadir, Panglima Briged Ke-12 Infantri Malaysia, Brig Jen Sani S Omar, Ketua Pegawai Pergigian, Kol (Dr) Dzulfitri Sidek dan Pegawai Staf MK 4 Div.

– Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia

SUMBER: BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …