900 LITER MINYAK DIESEL BERJAYA DISELAMATKAN DALAM OPERASI BERSEPADU MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

TUMPAT 7 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama PDRM IPD Tumpat dan Batalion 8 Pasukan Gerakan AM semalam.
Tindakan pada 6.30 petang semalam pasukan risikan KPDNHEP Kelantan telah mengekori sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback bernombor pendaftaran Malaysia.
Pasukan telah membuat pemeriksaan pada kenderaan tersebut dan hasil pemeriksaan pasukan telah menemui 30 tong jeriken anggaran sebanyak 900 liter mengandungi cecair disyaki minyak diesel.
Nilai rampasan barang kawalan minyak diesel adalah RM 1935.00 dan kenderaan adalah RM 8000.00
Pasukan serbuan bertindak menyita kesemua barang kes tersebut dan diserahkan kepada Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP bagi siasatan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan ketirisan ini, disarankan membuat pengaduan kepada KPDNHEP selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …