PUSAT JUALAN HASIL LAUT DI JETI NELAYAN CHANGKAT BANTU MEMPERTINGKATKAN EKONOMI NELAYAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA NO. 5 : KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan ekonomi)

Sebanyak hampir RM800,000 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi projek pembinaan pusat jualan hasil laut dan gerai makanan dekat Jeti Nelayan Changkat, Jawi, Seberang Perai Selatan. Menurut Y.A.B. Ketua Menteri, pembinaan pusat pengoperasian tersebut meliputi pembinaan pusat jualan ikan, gerai makanan, tandas, inap desa (kontena), stor dan landasan kapal. Ianya akan dapat membantu meningkatkan pendapatan serta menaikkan taraf sosioekonomi nelayan serta dapat menyelesaikan isu peraih atau orang tengah yang sukar dibendung sehingga kini. Projek berkenaan ketika ini masih pada peringkat pelantikan juruukur oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang.

Program yang dianjurkan pada 2 Ogos 2022 bersempena Jelajah ❤️PENANG Ketua Menteri ke kawasan Parlimen Nibong Tebal turut dihadiri oleh Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, ADUN Sungai Bakap merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, ADUN Bukit Tambun, ADUN Komtar dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Menurut Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Norlela Ariffin pula, projek pembinaan pusat jualan tersebut dijangka siap pada tahun 2023. Beliau juga memuji Unit Nelayan Changkat yang aktif menjaga kebajikan ahlinya.

Manakala ADUN Jawi pula menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah banyak membantu meningkatkan infrastruktur asas di Jeti Nelayan Changkat seperti menaik taraf dataran tempat letak kenderaan, tambahan lantai jeti, penyediaan bekalan air dan elektrik, tempat rehat serta pemasangan lampu jalan. Sehingga kini, lebih RM1 juta telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan kemudahan di Jeti Nelayan Changkat dan semakin berjaya menarik kehadiran pelancong ke jeti tersebut untuk pelbagai aktiviti.

SUMBER:
Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut