KEMPEN ‘❤️PENANG’ DILANCARKAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA NO. 5 : KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang telah melancarkan kempen ‘❤️PENANG’ peringkat negeri, berharap rakyat bangkit demi memperbaiki sosioekonomi masing-masing yang terjejas lebih dua (2) tahun akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Anak Pokok Durian Kepada Komuniti Rakyat Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Bakap oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang bersempena program Jelajah Ketua Menteri ‘❤️PENANG’ Ke Parlimen Nibong Tebal. Beliau juga menyeru semua pihak di negeri Pulau Pinang seperti pentadbir Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan sukarela, persatuan-persatuan penduduk komuniti sehingga kelompok peniaga-peniaga, penggerak industri dan individu-individu supaya saling bersatu untuk bangkit semula daripada apa yang alami selama hampir dua (2) tahun akibat pandemik COVID-19.

Di samping itu, Y.A.B. Ketua menteri memaklumkan bahawa sebelum kawasan Parlimen Balik Pulau terkenal dengan pelbagai baka durian, Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) seperti Relau, Junjung, Sungai Kechik dan Kampung 300 kaki juga merupakan antara kawasan terkenal dengan durian baka duri hitam. Beliau berharap inisiatif Jabatan Pertanian Negeri menganjurkan program penyerahan anak pokok durian, anak pokok kelapa pandan dan set pertanian bandar kepada komuniti lokal sekali gus dapat menjana pendapatan kelompok berkenaan pada masa hadapan.

Berucap di perkarangan Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tasek, Simpang Ampat sebelum itu adalah ADUN Sungai Bakap, Dato’ Dr. Amar Pritpal Abdullah yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan Pertanian Negeri kerana mengadakan program agihan 150 anak pokok kelapa pandan, 100 anak pokok durian ‘duri hitam’ serta ‘Musang King’ dan set pertanian bandar kepada komuniti lokal terpilih.

SUMBER :
Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut