MAJLIS PERASMIAN HARI TANAH NEGARA 2022

PUTRAJAYA, 31 Julai 2022 YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli merasmikan Majlis Perasmian Hari Tanah Negara 2022 di Hotel The Everly, Putrajaya hari ini.

YB Menteri dalam ucapannya berkata, “Tema sambutan HTN 2022 pada tahun ini iaitu “Jajaran Pendigitalan Tanah Merentasi Sempadan” adalah satu tema yang menggambarkan usaha ke arah transformasi pentadbiran tanah secara digital.

Kajian dan cadangan sedang diteliti untuk melaksanakan perundangan tanah dalam kerangka elektronik dengan pengenalan kepada konsep Private Cloud, hakmilik elektronik dan proses perserahan serta pendaftaran secara dalam talian melalui pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Kanun Tanah Negara”.

Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli serta YBrs. Tuan Azman bin Mamat Timbalan Ketua Pengarah Tanah Galian Persekutuan (Sektor Kemajuan Pengurusan Perundangan).

#KeTSA

#KeluargaMalaysia

Sumber : KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI https://www.facebook.com/KeTSAMalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …