————————————————————————————————————
KUALA TERENGGANU, 4 OGOS 2022
————————————————————————————————————
Satu program bicara keselamatan bersama penuntut IPTA telah dilaksanakan di Universiti Malaysia Terengganu pada 2 Ogos 2022 bermula jam 8.30 malam sehingga 10.00 malam. Program ini merupakan satu program berbentuk pendedahan mengenai konsep keselamatan menyeluruh yang bertajuk ‘Negara Kite, Hok Kite’ bersama dengan pelajar-pelajar baharu UMT sempena orientasi pelajar baharu, Minggu Jalinan Mesra.
Program ini dianjurkan oleh MKN Negeri Terengganu bersama pihak MPP UMT dan Pengurusan UMT ini telah disampaikan oleh pihak MKN, JPM iaitu Encik Muhammad Hafiz bin Abdul Rahim. Pelbagai isu keselamatan dan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 telah dikupas dan dibincangkan sepanjang program tersebut. Maklumbalas dari pelajar mengatakan bahawa mereka teruja dengan program seperti ini kerana sebelum ini mereka tidak pernah didedahkan mengenai perkara ini terutamanya berkaitan intipati DKN 2021-2025.
Semoga para pelajar dapat menimba ilmu yang dikongsikan serta dapat membantu negara dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara. Syabas dan tahniah diucapkan.
‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’




