MAKLUMAN PENGAMBILALIHAN SEMENTARA TAPAK PELUPUSAN SAMPAH PULAU BURUNG FASA 1, 2 & 3 OLEH MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pembangunan Kapasiti dan Kompetensi Nasional)

YBrs. Encik Ahmad Zabri bin Mohamed Sarajudin, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah memaklumkan bahawa MBSP telah mengambil alih Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung Fasa 1, 2 & 3 secara sementara setelah kontraktor yang dilantik sebelum ini ditamatkan perkhidmatan.

Sebagai simbolik pengambil alihan semula tapak pelupusan sampah ini kepada MBSP, acara penyerahan kembali kunci Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung daripada YBrs. Tuan Hj. Norazman, Pengurus Besar PLBT kepada MBSP telah diadakan pada 1 Ogos 2022.

Pihak pengurusan MBSP serta Wira Oren juga telah mula menjalankan proses pengambil alihan tapak pelupusan sampah ini secara sementara sehingga kontraktor baharu akan dilantik kelak. Operasi pelupusan sampah di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung ini akan terus beroperasi seperti biasa tanpa gangguan dan MBSP akan berusaha memastikan masalah yang berlaku sebelum ini dapat dikawal sebaik mungkin.

Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

KUPANG PORT DICKSON MASIH BERTOKSIN, TIDAK SELAMAT DIMAKAN

Analisis makmal terhadap sampel ketiga kupang dan air yang diambil dari perairan Port Dickson masih mengesan wujudnya biotoksin berbahaya. Menurut …
Maklumat Lanjut

JANGAN KONGSI KES PENGABAIAN, PENDERAAN KANAK-KANAK DI MEDIA SOSIAL – NANCY SHUKRI

Orang ramai diminta tidak menjadikan media sosial sebagai tempat menyalur atau menyebarkan maklumat serta berkongsi berkaitan sesuatu kes pengabaian dan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝟮𝟰 𝗝𝗔𝗠

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Polis Barat …
Maklumat Lanjut