MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1444H/2022M IPD SENTUL

KUALA LUMPUR IPD Sentul, 29 Julai 2022 – Surau Al-Aman IPD Sentul dengan kerjasama PERKEP IPD Sentul telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Tahun 1444 Hijrah / 2022 Masihi bagi memperingati peristiwa Hijrah. Majlis ini telah diadakan di Rumah PERKEP IPD Sentul.
Majlis dimulakan dengan Ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh penceramah jemputan YBhg. Ustaz Engku Ahmad Fadzil Bin Engku. Majlis diteruskan dengan bacaan doa akhir tahun, solat maghrib dan bacaan doa awal tahun yang disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Juhari bin Mohd Nawi dari BAKA IPD Sentul.
Objektif majlis ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga Polis Sentul. Selain itu juga ianya dapat memberi penghayatan kepada semua bagi memperingati pengorbanan dan kesungguhan Rasulullah s.a.w dan para sahabat R.A dalam menyebarkan Islam.
Turut hadir dalam majlis ini, YDH SUPT. Heisham bin Harun, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, YDH ASP Muhammad Ridhuwan bin Zaini, Pengerusi Surau Al-Aman IPD Sentul, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Sentul.
Majlis berakhir telah berakhir dengan jayanya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …