KPN ARAH KETUA POLIS NEGERI DAN DAERAH BEKERJASAMA DENGAN MEDIA

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah supaya memberi kerjasama kepada pihak media dalam menyalurkan sebarang maklumat diperlukan.

Beliau berkata, ia bagi mengelak sebarang kekeliruan maklumat dan salah faham khususnya dalam kalangan masyarakat.

“Ini bagi membolehkan semua ketua polis (negeri dan daerah) memainkan peranan membantu pihak media. “Kebanyakan kes yang berlaku adalah rutin, jadi kenapa saya perlu mengehadkan kepada Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kenyataan media, maka inilah peranan ketua polis (negeri dan daerah) untuk beri apa jua maklumat kepada media,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam PDRM bersama media di Bukit Aman di sini malam tadi.

Sumber : POLIS DIRAJA MALAYSIA (ROYAL MALAYSIA POLICE)  https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …