KERAJAAN PULAU PINANG KOMITED MEMPERKASAKAN IKS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Tasek Gelugor, 1 Ogos 2022 – Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat komited dalam usaha memperkasakan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pada tahun 2022, sebanyak RM40,800 telah diperuntukkan bagi penambahbaikan projek-projek berkaitan Industri Asas Tani serta memperkasakan sosioekonomi masyarakat setempat.

Peruntukan yang diberikan ini telah disalurkan melalui Program Farmers To Farmers Industri Asas Tani di bawah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. Ianya adalah dalam bentuk mesin, peralatan serta kursus dan latihan industri asas tani bagi memastikan peningkatan kapasiti pengeluaran sekaligus dapat menambah pendapatan usahawan pada masa hadapan.

Beliau dibawa melawat ke premis Chinta Kerepek House yang merupakan salah satu perusahaan yang dijalankan di bawah projek Farmers To Farmers Industri Asas Tani yang membabitkan lima (5) orang peserta dan Jeti Lebuh Banting untuk melihat program-program IKS yang dijalankan dan menyaksikan demonstrasi masakan bagi penyediaan produk-produk IKS seperti pembuatan ikan pekasam, tapai dan makanan tradisi ‘peknga’ serta mencuba permainan tradisional ‘cak Plong’.

Y.A.B. Ketua Menteri berharap agar insentif ini akan mampu menjana ekonomi setempat serta mewujudkan peluang pekerjaan dan melahirkan lebih ramai usahawan baru dalam industri asas tani.

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …