DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Pemeriksaan Dan Naziran Alat Timbang Kenderaan (ATK), Pemeriksaan Tanda Harga dan Pemeriksaan Alat Timbang Sukat pada premis di Perai, Butterworth dan Kawasan Sekitar pada 1 Ogos 2022.
Pemeriksaan ini melibatkan 3 orang Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang dan melibatkan 3 buah premis.
Sumber : KPDNHEP Pulau Pinang