JPJ PULAU PINANG LAKSANA OPS LEJANG BIL. 2/2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

JPJ Pulau Pinang telah mengadakan Ops Lejang Bil 2/2022 pada 30 Julai 2022 bertempat di sekitar Seberang Jaya, Pulau Pinang. Antara lokasi tumpuan operasi ini ialah kawasan tumpuan lumba haram, tempat penunggang motosikal berkumpul, jalan utama aktiviti konvoi, laluan utama motosikal dan Plaza Tol.

Fokus utama Ops Lejang ialah :

  • motosikal yang di ubahsuai untuk tujuan uji kelajuan,
  • lumba haram atau rempit,
  • kesalahan tiada lesen memandu,
  • Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh
  • tiada perlindungan lnsuran.

Tindakan tegas termasuk menyita motosikal akan dilakukan kepada pemilik dan penunggang motosikal yang didapati mengubahsuai motosikal. Ini bagi memastikan pemilik serta penunggang motosikal mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

Sumber : JPJ PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut