PROGRAM SESI PERKONGSIAN KESELAMATAN KOMUNITI PELAJAR BERSAMA KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

PONTIAN, 28 Julai 2022 (Khamis) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) telah mengadakan satu program perkongsian ilmu berkenaan Keselamatan Komuniti Pelajar kepada para pelajar baharu di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ).

Sesi perkongsian mengenai Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Zuhri bin Ismail, Pengarah Direktorat Kesepaduan Nasional, NASTRAC, MKN, JPM. Manakala perkongsian mengenai Keselamatan Komuniti telah disampaikan oleh ASP Khairul Azdha bin Rahman, Pegawai hal Ehwal Awam / Pesara polis, IPD Pontian. MKN Negeri Johor berharap menerusi perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dan seterusnya mempraktiskan kefahaman mengenai tanggungjawab mereka terhadap memelihara dan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

Sumber gambar: Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …