PROGRAM PENYEMARAKAN TRITI MARRAKESH – SESI BUAL BICARA BERTAJUK MENYANTUNI KEPERLUAN GOLONGAN OKU PENGLIHATAN

KUALA LUMPUR, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (PBOBM) telah diwartakan secara rasmi sebagai Entiti Diberi Kuasa berkuatkuasa 30 Jun 2022 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Melalui pewartaan ini, pengecualian akan diberikan kepada perlindungan hak cipta termasuklah keperluan untuk membayar royalti dan kebenaran salinan apa-apa karya dalam salinan format boleh akses bagi kegunaan eksklusif golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
Sebagai langkah mula selepas diwartakan, PNM pada hari ini telah menganjurkan Program Penyemarakan Triti Marrakesh yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah PNM, YBrs. Puan Salasiah binti Abdul Wahab di Menara PNM. Program ini mengetengahkan Sesi Bual Bicara bertajuk Menyantuni Keperluan Golongan OKU Penglihatan yang menampilkan Cik Nawal binti Khairil Anwar dan Cik Noor Izati binti Meor Samsudin wakil daripada PBOBM.
Untuk rekod, PNM telah menyediakan ruang dan bahan bacaan untuk kegunaan golongan OKU penglihatan bermula pada tahun 2017. Terdapat dua (2) jenis koleksi yang disediakan iaitu buku braille dan buku audio.
Sumber : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA  https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut