PERSATUAN PENGELUAR DI INDIA UNJUR IMPORT MINYAK SAWIT DARI MALAYSIA KEKAL STABIL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

BERNAMA pada 28 Julai 2022 melaporkan Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India (IVPA) menjangkakan import minyak sawit dari Malaysia akan kekal stabil di negara itu bagi tempoh separuh kedua 2022. Jumlah itu meliputi 55 peratus daripada keseluruhan import minyak sawit India walaupun dalam persekitaran Indonesia bertindak meningkatkan eksport komoditi tersebut. Presiden IVPA Sudhakar Desai berkata ini sejajar dengan pertambahan permintaan di India yang dijangka mencecah kira-kira 800,000 tan sebulan bagi tempoh enam bulan akan datang atau peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding dalam separuh pertama 2022. Mengulas selanjutnya, Desai juga menyifatkan Malaysia berjaya mengekalkan dasar yang stabil serta membantu menampung permintaan India ketika Indonesia melaksanakan larangan eksport minyak sawit.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …