OPERASI LRA SUNGAI DUA PULAU PINANG TIDAK TERJEJAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Pulau Pinang adalah normal dan tidak terjejas walaupun berlaku kejadian kepala air di Baling, Kedah pada 28 Julai 2022. PBAPP dalam kenyataan pada 29 Julai 2022 berkata sehingga pukul 1 tengah, kapasiti pengeluaran air di LRA Sungai Dua berada pada tahap maksimum dan pihaknya menjalankan pemantauan kualiti air mentah yang berterusan di Sungai Muda, Kedah sebagai langkah waspada berikutan kejadian kepala air di Baling. Hasil pemantauan PBAPP sehingga pukul 1 tengah hari juga mendapati, tahap kekeruhan air mentah telah stabil dan situasi normal kembali. Terdahulu, PBAPP mengeluarkan notis waspada kepada pengguna di negeri itu menerusi laman Facebooknya selepas mendapati paras kekeruhan air mentah di muka sauk Lahar Tiang mencecah Unit Kekeruhan Nephelometric (NTU) 261.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut