MAKIN RAMAI KANAK-KANAK BANTUT?

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan Kesihatan)

PERATUS kanak-kanak terbantut di negara ini dikatakan semakin meningkat dan masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memberi kesan jangka panjang.Bantut bukan sahaja boleh memberi cabaran kesihatan mental, fizikal, pergaulan malah boleh membawa maut.

Pada tahun 2019, masalah bantut di Malaysia adalah sebanyak 21.8 peratus dan kerajaan menyasarkan ia dapat dikurangkan kepada lapan peratus menjelang tahun 2030. Masalah bantut merentasi semua kategori sosio demografi sama ada bandar atau luar bandar, pendapatan isi rumah, kumpulan etnik, pekerjaan dan tahap pendidikan.

Pengerusi program Pengenalpastian dan Pengurusan Kesukaran Makan (IMFeD) For Growth, Profesor Dr Lee Way Seah di majlis sambutan ulang tahun ke-10 program tersebut di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini berkata, kekurangan zat makanan adalah faktor penyumbang terbesar kepada pembantutan kanak-kanak. Pemakanan yang baik penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak pada semua peringkat, khususnya dalam tempoh pembentukan iaitu satu hingga lima tahun serta awal keremajaan (10 hingga 15 tahun).

Nutrien seperti protein, kalsium dan vitamin D menggalakkan perkembangan tulang dan otot manakala mikronutrien seperti arginin serta vitamin K2 dapat membantu mendapatkan tulang yang lebih panjang dan kuat untuk peningkatan ketinggian yang optimum.

Antara inisiatif yang dapat dilakukan oleh panel pakar IMFeD ialah dengan membangunkan satu panduan sokongan pemakanan untuk kanak-kanak yang menghadapi kemerosotan kadar tumbesaran.

Panduan tersebut merangkumi pelbagai petua dari cara menambah baik atau memperkaya makanan sehinggalah mendidik ibu bapa mengenai makanan tempatan yang berkhasiat dan tersedia. Pihak doktor dan ibu bapa juga disarankan memeriksa tumbesaran kanak-kanak sekurang-kurangnya sekali setahun.

Sementara itu, kempen saringan dan kaunseling tahun ini bakal berlangsung dari Ogos hingga Oktober depan.

 

Sumber rujukan:

Makin ramai bantut (Harian Metro)

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut