ASET RIZAB RASMI MALAYSIA BERJUMLAH US$109.02 BILION PADA AKHIR JUN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

BERNAMA pada 29 Julai 2022 melaporkan aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$109.02 bilion (US$1=RM4.45) pada akhir Jun 2022, berdasarkan format β€˜Special Data Dissemination Standard’ (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), aset mata wang asing lain pula berjumlah US$5.9 juta.

BNM menambah, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang. Kedudukan jualan hadapan pula adalah sebanyak US$14.0 bilion pada akhir Jun 2022, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

CIRCUMSICION PROGRAMME BILATERAL MALAYSIA THAILAND 2024

CIRCUMCISION PROGRAMME 2024 TARIKH: 22 April 2024 MASA: 0930H – 1230H TEMPAT: Loh Jood Sub-District Administrative, Organisation, Waeng, Narathiwat Thailand …
Maklumat Lanjut

PERBELANJAAN ISI RUMAH DIUNJUR MENINGKAT KEPADA RM903.8 BILION

KUALA LUMPUR: BMI, firma penyelidikan di bawah Fitch Solutions menjangkakan perbelanjaan isi rumah Malaysia akan naik lima peratus dari tahun …
Maklumat Lanjut