??????? ??????? ?????????? ????? ????? ????? ?????? ??????? ???????? ????? ?????? ????????? ??? ??????? ????? ?????? ????? ????, ????? ??????

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri Perjumpaan Bersama Komuniti Teluk Bahang di Dataran Taman Negara Teluk Bahang, Barat Daya, Pulau Pinang.

Dalam perjumpaan kali ini, YDH Dato’ Ketua Polis Pulau Pinang telah menyampaikan beberapa nasihat serta membincangkan fokus PDRM Kontinjen Pulau Pinang khasnya bersama kolaborasi komuniti setempat dalam membanteras musuh no. 1 negara iaitu masalah penyalahgunaan dadah dan ketagihan ketum yang kian meningkat dikalangan anak muda masa kini.

Selain itu beliau juga menyeru agar seluruh warga komuniti Teluk Bahang sentiasa bersatu hati dan peka bersama memantau anak-anak dirumah. Pada masa kini kesalahan jenayah seperti kejadian rogol dikalangan remaja bawah umur semakin meningkat. Sekiranya mana-mana individu dikesan ada penglibatan dalam kegiatan judi online, juga lain-lain isu jenayah yang melibatkan komuniti hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak PDRM.

Sumber : PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut