SESI PERBINCANGAN PELAKSANAAN SUB-MODUL RAMPASAN MASA SIRI 1

Seremban, 28 Julai 2022 – Susulan resolusi yang telah dicapai semasa Bengkel Penyediaan Modul Naratif Komunikasi Strategik Negeri Sembilan 2022 yang lalu, MKN Negeri Sembilan telah mengadakan perbincangan susulan bagi melaksanakan Sub-Modul Rampasan Masa Siri 1.0 di bawah Kluster Kesepaduan Nasional & Patriotisme, Modul Naratif Komunikasi Strategik Negeri Sembilan dengan penglibatan wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Markas Briged Pertama Infantri Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.

Program yang bakal dijalankan ini adalah bertujuan untuk memupuk nilai patriotisme dan minda keselamatan dalam kalangan generasi muda serta membantu memberi kesedaran kepada generasi muda berkenaan kepentingan menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dalam semua peringkat masyarakat.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh semua rakan agensi terlibat dalam merencanakan program ini.

 

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut