TINDAKAN KES DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 DIHASILKAN

 

TANAH MERAH 26 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah hari ini telah menerima serahan kes daripada Polis Diraja Malaysia, IPD Jeli berhubung operasi membanteras ketirisan barang kawalan disempadan negara pada semalam.
Rampasan telah dibuat keatas beberapa tong plastik berisi minyak petrol dengan anggaran sebanyak 40 liter dan minyak diesel sebanyak 180 liter bersama dua lelaki warga Thailand ditahan dan sebuah motosikal serta akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan KPDNHEP akan mengambil tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …