TINDAKAN KES DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 DALAM OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI DALAM MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

KOTA BHARU 26 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Putrajaya dan PDRM IPD Kota Bharu, Kelantan semalam.
Bertindak atas maklumat dari risikan KPDNHEP Kelantan, pasukan operasi telah membuat serbuan keatas sebuah premis borong yang berlesen dalam keadaan mencurigakan dikesan memiliki barang kawalan disyaki untuk diselewengkan.
Serbuan dilakukan jam 5.00 petang semalam di lokasi Taman Puspa Jaya A, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan disyaki melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan iaitu Sek 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961, Mengalih di tempat yang tidak dilesenkan dan melanggar Per. 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan 1974.
Seterusnya pasukan telah membuat pemeriksaan premis tersebut menemui Minyak Masak Paket 1kg bersubsidi sebanyak anggaran 2,210 kilogram, Gula Paket 1kg berjumlah 1,680 kilogram serta turut disita dokumen berkaitan seterusnya menahan seorang lelaki warga tempatan untuk siasatan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Nilai rampasan barangan kawalan termasuk kenderaan dianggarkan keseluruhan berjumlah RM10,317.00
KPDNHEP memberikan amaran keras kepada mana-mana peniaga atau individu yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas serta pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut